Pokémon Center Malaysia fan petition: privacy notice
Pokémon Center Malaysia fan petition: privacy notice
Version 1, 25 October 2026. Applies to signatures given online at tcgkl.com/petition/pokemon-center, including through the QR code at TCGKL 2026.
This is an independent fan petition run by TCGKL. It is not affiliated with, endorsed or sponsored by The Pokémon Company, Pokémon Singapore Pte. Ltd., Nintendo, Creatures Inc. or GAME FREAK inc. Pokémon is a trademark of its owners.
Who we are
The data controller is Hajoon Capital Sdn Bhd (trading as TCGKL / Trading Card Games Kuala Lumpur), No. 9-1, Jalan AU 1A/4B, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur. Contact: [email protected]. Data protection officer: [email protected].
What we collect, and where it comes from (s.7(1)(a), (c))
- From you: your name, email address, state, whether you are 18 or older, and, if you choose, a short note.
- If you are under 18: your parent or guardian's name and email address, given by you or by them. The confirmation email goes to your parent or guardian.
- Automatically: the date and time you signed, how you signed (online or through the TCGKL 2026 QR code), a one-way coded form of your IP address, your browser type, and the campaign link you came from.
Why we use it (s.7(1)(b))
- To confirm your signature and count each person once.
- To publish totals by state and by how people signed. We never publish your name or email.
- To prepare a petition report for The Pokémon Company and Pokémon Singapore Pte. Ltd.
- To send you one update about what happened to the petition, including if it is refused or gets no reply.
- To send TCGKL news, only if you tick the separate newsletter box.
What is required (s.7(1)(f))
Name, email, state, age confirmation and agreement to this notice are required to sign. Without them, we cannot count your signature. Your note, permission to quote it, and the newsletter box are optional. Saying no does not affect your signature.
Who receives it (s.7(1)(e))
- The Pokémon Company and Pokémon Singapore Pte. Ltd. receive totals, state counts and up to 15 notes from adults who allowed us to quote them, shown with first name and state only. They never receive emails or a list of signers.
- Our service providers process data for us under contract: Neon (database, Singapore); Hetzner (servers, Singapore, and error logs in Germany); Cloudflare (website security and delivery); Autosend (email delivery).
- Some of these providers store or process data outside Malaysia, including in Singapore and Germany, and Cloudflare and Autosend may process it in other countries where they operate. We transfer it under section 129 of the Personal Data Protection Act 2010: Singapore and Germany have personal data protection laws substantially similar to Malaysia's, and every provider is bound by contract to protect the data.
How long we keep it
- Unconfirmed online signatures: deleted after 14 days.
- Coded IP address and browser type: deleted after 30 days.
- All other petition data: deleted 90 days after we deliver the report (planned for 20 November 2026). We keep only anonymous totals.
- If you joined the newsletter, that subscription is kept separately until you unsubscribe.
Your choices and rights (s.7(1)(d), (g))
You can ask to see or correct your data, or withdraw your signature, at any time by emailing [email protected]. If you withdraw, we delete your signature and keep only a coded marker so we do not count you again by mistake. You can stop newsletter emails with the unsubscribe link in any email.
Children
If you are under 18, you can sign only with your parent or guardian's agreement. Your note will not be published or sent to anyone.
Petisyen peminat Pokémon Center Malaysia: notis privasi
Versi 1, 25 Oktober 2026. Terpakai kepada tandatangan yang diberi dalam talian di tcgkl.com/petition/pokemon-center, termasuk melalui kod QR di TCGKL 2026.
Ini ialah petisyen peminat bebas yang dikendalikan oleh TCGKL. Ia tidak berkaitan dengan, disokong atau ditaja oleh The Pokémon Company, Pokémon Singapore Pte. Ltd., Nintendo, Creatures Inc. atau GAME FREAK inc. Pokémon ialah tanda dagangan pemiliknya.
Siapa kami
Pengawal data ialah Hajoon Capital Sdn Bhd (berniaga sebagai TCGKL / Trading Card Games Kuala Lumpur), No. 9-1, Jalan AU 1A/4B, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur. Hubungi: [email protected]. Pegawai perlindungan data: [email protected].
Apa yang kami kumpul, dan sumbernya
- Daripada anda: nama, alamat e-mel, negeri, sama ada anda berumur 18 tahun ke atas, dan, jika anda mahu, nota ringkas.
- Jika anda bawah 18 tahun: nama dan alamat e-mel ibu bapa atau penjaga anda. E-mel pengesahan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga anda.
- Secara automatik: tarikh dan masa anda menandatangani, cara anda menandatangani (dalam talian atau melalui kod QR TCGKL 2026), bentuk berkod sehala alamat IP anda, jenis pelayar, dan pautan kempen yang anda gunakan.
Kenapa kami menggunakannya
- Untuk mengesahkan tandatangan anda dan mengira setiap orang sekali sahaja.
- Untuk menerbitkan jumlah mengikut negeri dan cara menandatangani. Kami tidak sekali-kali menerbitkan nama atau e-mel anda.
- Untuk menyediakan laporan petisyen kepada The Pokémon Company dan Pokémon Singapore Pte. Ltd.
- Untuk menghantar satu makluman tentang hasil petisyen, termasuk jika ia ditolak atau tidak dibalas.
- Untuk menghantar berita TCGKL, hanya jika anda menandakan kotak surat berita yang berasingan.
Apa yang wajib
Nama, e-mel, negeri, pengesahan umur dan persetujuan kepada notis ini wajib untuk menandatangani. Tanpanya, kami tidak dapat mengira tandatangan anda. Nota anda, kebenaran memetiknya, dan kotak surat berita adalah pilihan. Menolaknya tidak menjejaskan tandatangan anda.
Siapa yang menerimanya
- The Pokémon Company dan Pokémon Singapore Pte. Ltd. menerima jumlah, kiraan negeri dan sehingga 15 nota daripada orang dewasa yang membenarkan kami memetiknya, dengan nama pertama dan negeri sahaja. Mereka tidak sekali-kali menerima e-mel atau senarai penandatangan.
- Penyedia perkhidmatan kami memproses data bagi pihak kami di bawah kontrak: Neon (pangkalan data, Singapura); Hetzner (pelayan, Singapura, dan log ralat di Jerman); Cloudflare (keselamatan dan penghantaran laman web); Autosend (penghantaran e-mel).
- Sesetengah penyedia ini menyimpan atau memproses data di luar Malaysia, termasuk di Singapura dan Jerman, dan Cloudflare serta Autosend mungkin memprosesnya di negara lain tempat mereka beroperasi. Kami memindahkannya di bawah seksyen 129 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010: Singapura dan Jerman mempunyai undang-undang perlindungan data peribadi yang sebahagian besarnya serupa dengan Malaysia, dan setiap penyedia terikat dengan kontrak untuk melindungi data tersebut.
Berapa lama kami menyimpannya
- Tandatangan dalam talian yang belum disahkan: dipadam selepas 14 hari.
- Alamat IP berkod dan jenis pelayar: dipadam selepas 30 hari.
- Semua data petisyen lain: dipadam 90 hari selepas laporan dihantar (dirancang pada 20 November 2026). Kami hanya menyimpan jumlah tanpa nama.
- Jika anda melanggan surat berita, langganan itu disimpan berasingan sehingga anda berhenti melanggan.
Pilihan dan hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat atau membetulkan data anda, atau menarik balik tandatangan anda, pada bila-bila masa dengan e-mel ke [email protected]. Jika anda menarik balik, kami memadam tandatangan anda dan hanya menyimpan penanda berkod supaya anda tidak dikira semula secara tidak sengaja. Anda boleh berhenti menerima e-mel surat berita melalui pautan nyahlanggan dalam mana-mana e-mel.
Kanak-kanak
Jika anda bawah 18 tahun, anda hanya boleh menandatangani dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga anda. Nota anda tidak akan diterbitkan atau dihantar kepada sesiapa.

